Wednesday, October 18, 2006

NUR

ANTARA PELITA DAN CAHAYA

Perumpamaan paling menarik yang menggambarkan hubungan keber-ADA-an makhluk
dengan Allah, adalah yang tercantum di dalam ayat ini.

QS. An Nuur (24) : 35.
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah,
adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita
besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang
bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang
berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu)
dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah
memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu.

Setidak-tidaknya, ada tiga hal yang menyebabkan perumpamaan tersebut menarik
untuk dicermati. Yang pertama, Perumpamaan tentang Allah itu disampaikan oleh
Allah sendiri. Yang kedua, Allah menggunakan idiom Pelita dan cahaya dalam
perumpamaan tersebut. Yang ketiga, Allah membimbing siapa saja yang
dikehendakiNya menuju kepada cahayaNya.

Sungguh menarik bahwa Allah banyak membuat perumpamaan di dalam Al QurÃÂn
untuk menjelaskan ayat-ayat yang mengandung makna mutasyaabihaat Tak kurang
dari 47 kali Allah membuat perumpamaan di dalam Al QurÃÂn. Semua itu
dimaksudkan untuk memberikan pelajaran yang mendalam dan sarat dengan hikmah
kepada manusia yang mau berpikir, dengan cara ringkas. Sebab Al QurÃÂn memang
hanya memberikan pokok-pokoknya saja.

TEORI CAHAYA

Cahaya
From Wikipedia
Jump to: navigation, search

Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.

Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.
Jadual isi kandungan
[sorok]

* 1 Pembiasan cahaya
* 2 Pantulan cahaya
* 3 Warna-warna dalam cahaya matahari
* 4 Teori tentang cahaya
o 4.1 Teori kurun ke-10
o 4.2 Teori Zarah
o 4.3 Teori Gelombang (Ray)
o 4.4 Teori Elektromagnet
o 4.5 Teori Kuantum
o 4.6 Teori Kembaran Zarah-Gelombang
* 5 Panjang gelombang nampak
* 6 Kelajuan cahaya
o 6.1 Formula-kelajuan-cahaya
o 6.2 Perubahan dalam kelajuan cahaya
o 6.3 Sejarah pengukuran kelajuan cahaya
* 7 Optik
* 8 Warna dan panjang gelombang
* 9 Pengukuran cahaya
* 10 Sumber cahaya
* 11 Gelombang cahaya
* 12 Lihat juga

[Sunting]

Pembiasan cahaya

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.
[Sunting]

Pantulan cahaya

Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah dan badan kita di dalam cermin.

Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan

Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat di dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang di pantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata kita.

Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah:

1. Kanta pembesar
2. Mikroskop
3. Teleskop

[Sunting]

Warna-warna dalam cahaya matahari

Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu:

1. Merah
2. Jingga
3. Kuning
4. Hijau
5. Biru
6. Biru tua (Indigo)
7. Ungu

Apabila ketujuh-tujuh warna ini bercampur, cahaya putih dihasilkan. Warna-warna dalam cahaya putih matahari boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna ini dikenali sebagai spektrum. Pemecahan cahaya putih kepada spektrum ini dikenali sebagai penyerakan cahaya. Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi terbentuk selepas hujan, apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna.

Penyerakan Cahaya Putih Matahari

Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih dengan menggunakan dua prisma.
[Sunting]

Teori tentang cahaya
[Sunting]

Teori kurun ke-10

Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut tepat, dapat dilihat. Sinaran-sinaran lain yang mengenai mata pada sudut yang berbeza tidak dapat dilihat. Dia menggunakan contoh daripada kamera lubang jarum, yang menghasilkan imej songsang, untuk menyokong hujahnya. Alhazen menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad. Dia memperbaiki teori Ptolemy berkenaan pembiasan cahaya. Hasil kerja Alhazen tidak diketahui di Eropah sehingga lewat kurun ke-16.
[Sunting]

Teori Zarah

Isaac Newton mencadangkan dalam bukunya Hypothesis of Light pada 1675 yang cahaya adalah terdiri daripada zarah halus (partikel jirim) yang mana memancar pada semua arah dari sumbernya. Teori ini boleh digunakan untuk menghujahkan pantulan cahaya, tetapi cuma boleh menerangkan pembiasan dengan secara tidak sebetulnya menganggap yang cahaya menjadi lebih laju semasa memasuki medium yang lebih tumpat kerana daya tarikan graviti adalah lebih kuat.--
[Sunting]

Teori Gelombang (Ray)

Christian Huygens mencadangkan dalam abad ke-17 yang cahaya dipancarkan ke semua arah sebagai siri-siri gelombang. Pandangan ini menggantikan teori zarah halus. Ini disebabkan oleh kerana gelombang tidak diganggu oleh graviti, ia telah dianggap yang gelombang menjadi perlahan ketika memasuki medium yang lebih tumpat. Teori gelombang ini menghujahkan yang gelombang cahaya akan berinterferens dengan gelombang cahaya yang lain, seperti juga gelombang bunyi (seperti yang disebut oleh Thomas Young pada kurun ke-18), dan cahaya boleh dikutubkan. Kelemahan teori ini adalah gelombang cahaya, seperti juga gelombang bunyi, memerlukan medium untuk merambat. Satu kandungan hipotesis yang dipanggil luminiferous aether telah dicadangkan, tetapi kemudiannya tidak dipersetujui.
[Sunting]

Teori Elektromagnet

Dalam tahun 1845 Faraday mendapati bahawa sudut pengutuban sinaran cahaya yang melalui bahan pengutub boleh diubah menggunakan medan magnet. Ini merupakan bukti pertama bahawa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Faraday mengusulkan, pada tahun 1847, bahawa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat, malahan dalam ketiadaan medium seperti eter (aether).

Teori ini dicadangkan oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19, memperkatakan yang gelombang cahaya adalah gelombang elektromagnet jadi ia tidak memerlukan medium untuk merambat. Pada permukaannya dianggap yang gelombang cahaya disebarkan melalui rangka rujukan yang tertentu, seperti ether, tetapi relativiti khas manggantikan anggapan ini. Teori elektromagnet menunjukkan yang sinaran boleh lihat adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Teknologi penghantaran radio dicipta berdasarkan teori ini dan masih lagi menggunakannya.

Kelajuan cahaya malar yang diramalkan dalam persamaan Maxwell adalah bertentangan dengan hukum mekanikal pergerakan yang tidak pernah disanggah semenjak zaman Galileo, yang menyatakan bahawa semua kelajuan adalah relatif kepada kelajuan pemerhati. Penyelesaian kepada pertentangan ini akan dijumpai oleh Albert Einstein.
[Sunting]

Teori Kuantum

Ia telah dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Max Planck, yang mencadangkan pada tahun 1900 yang sinaran cahaya adalah terdiri daripada paket (kuantum) tenaga yang dikenali sebagai foton. Jawatankuasa Nobel menghadiahkan Planck Anugerah Fizik pada 1918 untuk kerja-kerja beliau dalam penemuan teori kuantum, walaupun beliau bukannya orang yang pertama memperkenalkan prinsip asas partikel cahaya.
[Sunting]

Teori Kembaran Zarah-Gelombang

Teori kembaran zarah-gelombang menggabungkan tiga teori yang sebelumnya, dan mencadangkan bahawa cahaya adalah zarah dan gelombang. Ini merupakan teori moden yang menerangkan bukan sahaja tentang sifat cahaya, malahan semua zarah. Ia diterangkan oleh Albert Einstein pada awal 1900, berdasarkan hasil kerjanya berkenaan kesan fotoelektrik, dan juga hasil kajian Planck. Einstein menunjukkan bahawa tenaga foton berkadar langsung dengan frekuensinya. Secara amnya, teori tersebut menyatakan bahawa setiap benda mempunyai sifat zarah, dan sifat gelombang, dan pelbagai eksperimen boleh dijalankan untuk menunjukkan sifat-sifat tersebut. Sifat zarah lebih mudah dikesan sekiranya objek tersebut memiliki jisim yang besar, oleh sebab itu hanya pada 1924 dalam eksperimen yang dijalankan oleh Louis de Broglie, bahawa elektron dijumpai memiliki sifat kembaran gelombang-zarah. Einstein menerima Hadiah Nobel pada 1921 untuk hasil kerjanya berkenaan kembaran gelombang-zarah bagi zarah foton, dan de Broglie pula menerimanya pada tahun 1929 untuk penyambungan kajian bagi zarah-zarah lain.
[Sunting]

Panjang gelombang nampak

Cahaya nampak adalah sebahagian daripada spektrum yang mempunyai panjang gelombang antara lebih kurang 400 nanometer (kependekannya ialah nm) dan 800 nm (dalam udara). Cahaya boleh dipecahkan oleh frekuensinya. Frekuensi dan panjang gelombang adalah berkadar terus.
[Sunting]

Kelajuan cahaya

Lihat Halaju cahaya. Walaupun beberapa orang berkata tentang "halaju cahaya", perkataan halaju sepatutnya ditinggalkan untuk kuantiti vektor (dikaitkan dengan arah). Kelajuan cahaya adalah kuantiti skalar (ia tidak mempunyai arah), oleh itu kelajuan adalah istilah yang lebih tepat.
[Sunting]

Formula-kelajuan-cahaya

v = λf,

Dimana λ adalah panjang gelombang, f adalah frekuensi, v adalah kelajuan cahaya. Kalau cahaya bergerak di dalam vakum, jadi v = c, jadi

c = λf,

di mana c adalah kelajuan cahaya. Kita boleh menerangkan v sebagai

v = \frac{c}{n}

di mana n adalah pemalar (indek biasan) yang mana adalah sifat bahan yang dilalui oleh cahaya.
[Sunting]

Perubahan dalam kelajuan cahaya

Semua cahaya bergerak pada kelajuan yang terhingga. Walaupun seseorang pemerhati bergerak dia akan sentiasa mendapati kelajuan cahaya adalah c, kelajuan cahaya dalam vakum, adalah c = 299,792,458 meter per saat (186,282.397 batu per saat); walau bagaimanapun, apabila cahaya melalui objek yang boleh ditembusi cahaya seperti udara, air dan kaca, kelajuannya dikurangkan , dan ia mengalami pembiasan. Iaitu n=1 dalam vakum dan n>1 di dalam jirim.
[Sunting]

Sejarah pengukuran kelajuan cahaya

Kelajuan cahaya telah diukur banyak kali oleh ahli fizik. Pengukuran awalan yang paling baik adalah dilakukan oleh Olaus Roemer (ahli fizik Denmark), dalam 1676. Beliau telah mencipta kaedah mengukur kelajuan cahaya. Beliau mendapati dan telah mencatatkan pergerakan planet Musytari dan satu daripada bulannya dengan menggunakan teleskop. Adalah mungkin untuk mengira masa kitaran bulan tersebut disebabkan oleh digerhanakan oleh Musytari pada masa kitaran yang biasa. Roemer telah mendapati yang bulan tersebut mengorbit Musytari sekali setiap 42-1/2 jam apabila Bumi adalah paling hampir dengan Musytari. Masalahnya adalah apabila Bumi dan Musytari berjauhan, putaran orbit bulan tersebut kelihatan bertambah. Ini menunjukkan cahaya memerlukan lebih masa untuk samapai ke Bumi. Kelajuan cahaya dikira dengan menganalisa jarak antara planet pada masa masa tertentu. Roemer mencapai kelajuan 227,000 kilometer sesaat (sekitar 141,050 batu sesaat).

Albert A. Michelson memperbaiki hasil kerja Roemer pada tahun 1926. Dia menggunakan cermin berputar untuk mengukur masa yang di ambil cahaya untuk pergi balik dari Gunung Wilson ke Gunung San Antonio di California. Ukuran jitu menghasilkan kelajuan 186,285 batu/sesaat (299,796 kilometer/sesaat). Dalam penggunaan harian, jumlah ini dibundarkan kepada 186,000 batu/sesaat dan 300,000 kilometer/sesaat.
[Sunting]

Optik

Kajian mengenai cahaya dan interaksi cahaya dengan jirim dikenali sebagai optik. Pemerhatian dan kajian mengenai fenomena optik seperti pelangi menyumbangkan pelbagai maklumat sifat semulajadi cahaya serta keseronokan.
[Sunting]

Warna dan panjang gelombang

Panjang gelombang yang berbeza-beza diinterpretasikan oleh otak manusia sebagai warna, daripada merah bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi paling rendah) hingga ke ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru, dan, secara konvensionalnya, indigo. Frekuensi-frekuensi sejurus selepas julat penglihatan manusia dikenali sebagai ultraungu (UV) pada penghujung frekuensi tinggi dan inframerah (IR) pada yang rendah. Walaupun manusia tidak dapat melihat IR, namun kita dapat mengesannya melalui reseptor-reseptor kulit sebagai haba. Kamera yang mengesan IR dan menukarnya kepada cahaya nampak adalah dipanggil kamera night-vision. Sinaran UV tidak dapat dikesan oleh manusia kecuali dalam cara yang agak lambat, iaitu dedahan berlebihan kulit terhadap cahaya UV boleh menyebabkan kulit terbakar, atau barah kulit. Sesetengah jenis binatang, seperti lebah, boleh melihat sinaran UV manakala ular kapak boleh melihat IR menggunakan lubang-lubang yang terdapat pada kepalanya.
[Sunting]

Pengukuran cahaya

Kuantiti-kuantiti dan unit-unit berikut digunakan untuk mengukur cahaya

* kecerahan (atau suhu)
* pencahayaan (unit SI: lux)
* fluks berkilau (unit SI: lumen)
* keamatan berluminositi (unit SI: kandela)

Juga lihat: Fotometri
[Sunting]

Sumber cahaya

* radiasi termal (sinaran jasad hitam)
o mentol lampu pijar
o cahaya matahari
o nyalaan partikel pepejal berkilau (lihat api)
* spektrum atom pancaran (garis pancaran sama ada terangsang atau spontan (serta-merta))
o laser dan maser (pancaran terangsang)
o Diod pemancar cahaya (LED)
o lampu nyahcas gas (lampu-lampu neon, lampu raksa, dsb)
o nyalaan (cahaya daripada gas panas, juga lihat di atas)
* pecutan bebas zarah bercas (biasanya elektron)
o radiasi siklotron
o radiasi Bremsstrahlung
o radiasi Cherenkov
* kemopendarcahaya (chemoluminescence)
* pendafluor
* pendarfosfor
o tiub sinar katod
* biopendarcahaya (bioluminescence)
* sonopendarcahaya (sonoluminescence)
* tribopendarcahaya (triboluminescence)
* reputan radioaktif
* pemusnahan zarah-antizarah

[Sunting]

Gelombang cahaya

Imej:Light-wave.png
Gelombang cahaya boleh dipecahkan kepada dua komponen; medan elektrik dan magnetik.

Medan elektrik dan medan magnetik cahaya adalah berseranjang antara satu sama lain.

Wednesday, October 11, 2006

Nurun al Nur

Mengapa Ragu

Saturday, October 07, 2006

NURUSSYIFA_MAHADZIRA
Tuesday, September 19, 2006

Sekitar Cahaya
Subhanallah maka dengan cahaya itulah kita ini dapat melihat. pelik amat kerna hanya daging lutsinar berupa kanta mata kita dapat melihat dalam warna-warna. Hanya daging! MahaSuci Allah yang mengatakan " TIADA SATU PUN YANG KAMI TINGGALKAN DALAM AL-QURAN INI"


Nurussyifa Allah bersifat As-Syifa Penyembuh terbaik dalam segala jurus
Allahu Nurus Sama'watiwal ardh'. Allah dialah Cahaya di langit dan di bumi seperti firmanNya dan segala pujian tertentu khusus. Terdapat satu surah khusus mengenai cahaya dalam Al Quran yakni Surah An Nur. Shbt dapati ramai yg melalaikan berkenaan mencari cahaya ini yang sepertimana disebut oleh Allah. "CahayaNya di masjid" Peliknya yg kita lihat hari ini orang muslim belajar berguru bertarbiah segala! dgn guru-guru khusus di rumah dewan dan pondok dan yg songsangnya terpaut pula dengan amalan ajaran sesat. Kemanakah Kamu berpaling??? Hairan mana pergi keutamaan masjid itu. Firman Allah benar sesungguhnya adalah manusia itu "mahu yang cepat" maka tiadalah mereka yg tersebut itu dibalas melainkan keatas apa yang mereka kerjakan. Allah bersifat Al-Hasib sangat tepat/pantas/keras hitungannya. Nanti Abu Dhuha bicara lagi....syukran

APA ITU CAHAYA - NURUSSYIFA - DARUSSYIFA

Sebenarnya penglihatan saya terhadap cahaya ini bermula apabila mula mengamalkan pemberian kain putih dari arwah nenek saya sebagai alas tempat sujud sejadah solat dan sebagai alas tempat tidur. Waktu itu saya sakit tanpa dapat bekerja hampir 2 tahun lamanya. Kerja ku sehari-hari hanya bertasbih dan membaca kitab Al-Quran. Saya seorang yang buta Al Quran sebenarnya kerna tidak tahu membaca huruf Hijaz. Kerana kesungguhan yang mat sangat kata ku, memadailah kalau ku baca dahulu terjemahnya. Waktu itu umur ku sekitar 30an...

Bagaimana daku mendidik diri...
Azabnya bila membaca quran dengan tadabbur pengertian dan makna-maknanya. Bagai tersembam ke tanah dan bagai melayang di udara dan bagai tersepit keras dan bagai di timpa dan di pikulkan batu gunung yang amat berat rasanya. Dada menjadi sesak dan kepala menjadi kebas...itulah yang ku lalui berhari-hari selama bertahun...
Bagi tujuan belajar membaca teks arabnya maka daku beli sebanyak mungkin buku tentang pelajaran Al-Quran...dan dalam satu buku menemukan ku dengan satu amalan oleh Syaidina Ali KRWJH. Iaitu sembahyang sunat Taqwiyatul hifzi. Beserta dengan doa sesudah solat. Itulah yang ku amalkan. Aku tampal Alif/Ba/Ta di dinding macam budak2 jadinya...solat memegang musyhaf. Aku ada menyimpan sebuah rehal yang buruk yang aku sejak kecil sering hiba menangis kerna tidak tahu mengaji apabila melihat rehat kayu itu. Dengan harapan menyimpannya suatu hari aku akan dapat membaca Al Kitab ini...mungkin inilah waktunya kataku .....

Akhirnya aku berjaya membaca Quran dengan lancar hanya setelah aku benar2 yakin baru daku mengikuti kursus tilawah di University Islam Antarabangsa UIAM. Masyaallah syukur sangat sesungguhnya hingga mendapat sijil Tajwid Kepujian [ MUMTAZ ] Terimakasih atas bimbingan Ustaz Syukri Abdullah seorang tahfiz lulusan JAKIM Kuala Kubu Baru. Syukran Syeikh.

Sebenarnya cahaya yang kusebut itu tidak lain melainkan cahaya dari al-kitab itu sendiri. Benarlah kata Syaidina Ali kepada Rasullullah bahawa setelah setelah mengamalkan amalan yang diajar Rasulullah Taqwiyatul Hifzi itu maka Al-Quran seakan terpampang di depan mata baginda Syaidina Ali. Berlainan pula dengan diri ku.
Sejak mula beramal kejadian pertama adalah sewaktu solat tiba-tiba terpampang di depan atas kain putih untuk sujud ku perkataan " ZILZAL ". Aku terkejut sedikit dan kehairanan sahaja. Sebelum itu pun pernah dalam tidurku aku terjaga kerna kilatan-kilatan cahaya putih memancar tapi sejuk di dalam bilik ku. Bukannya kilat cuma cahaya seperti flash camera.
Lama selepas itu mulalah aku di datangi oleh lembaran ayat quran yang di suakan kemuka ku atau di perlihat kan kepada ku sepintas lalu. Malah jam 11 siang tadi hari Sabtu hari ini 7/10/2006 kebetulan selepas solat Dhuha aku di lintasi lembaran ayat yang memaparkan Surah Yunus ayat 4. Alhamdulillah bangun tidur petang waktu menunggu berbuka dapatlah aku membacanya. syukur
Semua kisah lembaran Quran yang terpapar di wajah ku aku catitkan dalam diari pemberian ibu ku. Penuh di dalamnya kisah yag pelik pelik dalam pengembaraan ilmu ini. Termasuklah yang telah aku archive kan dalam bentuk BLOG.

Pernah suatu malam aku terjaga dari tidur melihat langit terbuka sedikit dan dari kegelapan ufuk yg meninggi paling jauh turun 3 bebola cahaya besar berturutan yang perlahan-lahan menuju kepada ku. Cahayanya adalah putih yang dingin bila dilihat dan sukar digambarkan perasaan cemas tatkala itu. Di dalamnya terkandung baris2 jelas ayat quran tetapi tidak dapat ku membacanya sedang di menuruni keufuk hujung kali ku dan satu terus turun masuk kedada ku dan yang satu lagi paling mencemaskan aku ia turun di hujung kepala. Aku menoleh kebelakang dan terus bangun beristighfar...kejadian berlaku waktu subuh.

Pernah pada malam Lailatul Qadar yang ku tunggu-tunggu...aku berlari keluar waktu hujan renyai malam ganjil bulan Ramadhan 10 yang akhir. Tiba tiba aku melihat seakan langit terbelak oleh segaris cahaya warna kuning kemilau...
Itulah kerja ku sejak kecil sering termenung dan tertengadah kelangit seakan menunggu sesuatu. Ia juga sering ku lakukan sendirian di sebuah perbukitan di desa ku Kampung Batu-Belah Klang Sel.

AKHIR KALAM IZINKAN DAKU MEMETIK SEBUAH HADIS YANG MAFHUMNYA BERBUNYI:
" APABILA SEORANG HAMBA INGIN BERKATA-KATA DENGAN ROBBNYA, HENDAKLAH IA MEMBACA AL QURAN "
Salam dari Abu Dhuha. Insyaallah di masa-masa akan datang akan saya tuliskan lagi kisah selanjutnya agar kalian-kalian yang berminat membaca perjalanan sejarah hidup ku dan dengannya dapat kita berkenal-kenal dapat membacanya hingga benar2 faham.





CAHAYA.



Ihsan Dari Muhammad Nasir [alkausar1@hotmail.com]
TAFSIR SURAH AN NUR : 35

Terjemahan Bahasa Indonesia:

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timor (sesuatu) dan tidak pula disebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala suatu.

Terjemahan Bahasa Malaysia:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


1.0 Kandungan ayat

Dua perkara dalam ayat:

1. Kenyataan pada ayat berkenaan.
2. Perumpamaan yang dibuat untuk mejelaskan lagi kenyataan itu.

Secara objektif, perlu dibezakan apa yang dinyatakan daripada apa yang diumpamakan. Ini adalah kerana kenyataan ialah apa yang hendak disampaikan dan perumpamaan adalah persamaan dan perbezaan melalui bandingan kenyataan itu dengan suatu yang lain. Kenyataan adalah isi dan perumpamaan adalah pembayang maksud dan bukan maksud itu sendiri. Tujuan perumpamaan adalah untuk menampakkan dan menjelaskan lagi kenyataan itu.

Perumpamaan hendaklah dikaitkan dengan kenyataan untuk memberi sebarang maksud dan tidak boleh diambil sebagai maksud dengan tersendirinya. Sebaliknya kenyataan adalah fakta dengan sendirinya, walaupun tanpa sebarang penjelasan atau perumpamaan.

Kenyataan pada ayat

1. Allah, Dialah cahaya langit dan bumi.
2. Bandingan nurNya adalah seperti sebuah "misykaat"
3. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nurNya itu;
4. dan Allah mengemukakan berbagai-bagai perumpamaan untuk umat manusia;
5. dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dan selebihnya adalah perumpamaan:

1. nurNya adalah seperti sebuah "misykaat"
2. "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
2. lampu itu dalam geluk kaca (qandil),
3. geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;
4. lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,
5. (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;
6. cahaya berlapis cahaya.

Allah, Dialah cahaya langit dan bumi adalah suatu kenyataan yang luas pengertiannya, justeru memerlukan suatu perumpamaan yang dapat difaham oleh manusia. Bandingan nurNya adalah seperti sebuah "misykaat" adalah suatu kenyataan untuk menjelaskan bahawa ayat seterusnya adalah suatu perumpamaan terhadap apa yang Allah maksudkan sebagai NurNya.

Walaupun dengan memberi perumpamaan, cuma Allah saja yang dapat membimbing manusia kepada NurNya dan BUKAN NurNya dapat membimbing manusia kepada Allah. Lebih asas lagi, cuma Allah saja yang dapat membolehkan seseorang itu dapat memahami apa yang Allah maksudkan sebagai NurNya.

Atas dasar ini, perumpamaan yang diberi adalah perkara kedua/secondary dan amat susah untuk difahami bagi mereka yang tidak mengenal Allah terlebih dahulu. Hendaklah kita mengingati diri sendiri terhadap firman Allah s.w.t berhubung dengan perumpamaan-perumpamaan yang diberi seperti:

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya, iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Al-Baqarah:26)

Jelas disini BUKAN "cahaya langit dan bumi" ataupun NurAllah yang dapat membawa seseorang itu kepada Allah tetapi sebaliknya. Allah saja yang dapat membimbing seseorang itu kepada cahayaNya. Tegasnya, NurAllah adalah 'secondary' atau perkara kedua/sampingan; yang penting adalah Allah. Bimbingan kepada Nur Allah adalah melalui Allah s.w.t. Cuma orang yang mengenali Allah saja yang MUNGKIN sampai kepada cahayaNYa, itupun jika Allah Kehendaki. Walaupun mengenali Allah tidak semua yang mungkin sampai kepada NurNya.

Pada masa yang sama, pemahaman ini juga mengariskan bahawa seandainya seseorang itu tidak mengenali Allah, mustahil ia akan sampai kepada NurAllah. Tegasnya perbincangan berhubung dengan NurAllah sewajarnya dihadkan kepada mereka yang "mengenali Allah", wallahu a'lam.

Jalan kearah usaha untuk sampai ketahap ini tegasnya bukanlah untuk mempertikaikan/mengungkap/mengkaji aspek NurNya tetapi sebaliknya ialah untuk mengariskan institusi 'mengenal Allah' secara formal dan kukuh terlebih dahulu. Pada hemat penulis, ini adalah satu anjuran yang menarik, amat menarik sekali, bagi mereke yang berfikir.

Perkataan "masala" pada ayat "masala Nuuruhu" ini memainkan peranan yang penting dalam memahami perumpamaan yang diberikan. Perkataan ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia/Indonesia sebagai 'perumpamaan' oleh sebahagian penterjemah dan sebagai 'perbandingan' oleh sebahagian yang lain.

Jika perbandingan digunakan, ia membawa membawa implikasi kenyataan dan 'objek' yang dibandingkan adalah mirip diantara satu sama lain. Kedua aspek yang dibandingkan itu mempunyai ciri yang hampir sama melainkan sedikit sahaja. Justeru perbandingan itu adalah untuk menampakkan jurang beza dalam kesamaan yang ada diantara kedua aspek yang diperbandingkan.

Jika perumpamaan digunakan, ia membawa maksud kedua aspek yang diumpamakan itu adalah tidak sama melainkan ciri yang hendak dinampakkan. Ia bermaksud kedua aspek yang diumpamakan ini adalah berbeza tetapi mempunyai persamaan pada ciri itu sahaja; pertama, dari sudut yang sebenar iaitu kenyataan pada ayat, dan kedua, dari sudut 'objek' yang diumpamakan itu pula mempunyai ciri yang satu itu sahaja yang sama dengan kenyataan yang sebenar. Tegasnya perumpamaan itu adalah untuk menampakkan ciri kesamaan dalam dua aspek yang berbeza. Umpamanya seperti ayat dibawah:

Dan bandingan/perumpamaan (?) orang-orang kafir, samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya. (Al-Baqarah:171)

Pada ayat di atas, amat jelas, orang-orang kafir diumpamakan seperti binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja. Sebaliknya orang-orang kafir bukan dibandingkan dengan orang yang berteriak memanggil binatang.

Implikasinya, panggilan Islam terhadap orang-orang kafir tidak akan terupaya oleh akal orang kafir itu untuk memahaminya, dan bukan difahamkan sebagai orang yang berteriak itu adalah seorang yang pekak, bisu dan buta maka binatang yang dipanggil itu tidak dapat mengunakan akal untuk memahami akan panggilan tersebut!!

Perkara ini perlu dibangkitkan disini kerana pada Surah An-Nur:35, NurNya diumpamakan sebagai sebuah "misykaat" dan bukannya NurNya itu sebagai sebuah lampu pada misykaat itu ataupun cahaya berlapis cahaya pada misykaat itu. Allahu A'lam.


2.0 Tafsiran Oleh Para Pentafsir

Tafsiran yang diberi oleh para pentafsir untuk ayat ini boleh dibahagikan kepada beberapa ketagori untuk memudahkan pemahaman:

1. Huraian kepada kenyataan, justeru makna dan maksud yang lebih terpeinci.

2. Memberi maksud kepada perumpamaan yang Allah umpamakan itu. Justeru makna dan maksud yang lebih terpeinci dari perumpamaan itu terhadap kenyataan.

3. Huraian kepada perumpamaan. Ini tidak memberi maksud kepada kenyataan secara langsung tetapi perincian penamahaman kepada perumpamaan sahaja. Sebagai perumpamaan, maka firman tersebut tidak bermakna literal tetapi suatu kiasan kepada maksud yang sebenar. Justeru, jika diambil perumpamaan itu sebagai maksud maka ia tidak tepat.

Dalam meneliti tafsiran yang dibentangkan dibawah perlu dibezakan ketiga-tiga aspek berikut agar penelitian terhadap tafsiran itu membuahkan pemahaman daripada menambahkan lagi kekeliruan.


3.0 Penilaian Terhadap Tafsiran Yang Paling Tepat:

Walaupun pentafsir masing-masing mempunyai kewibawaan dan lebih utuh pendirian mereka dari pendapat kita sendiri, akan tetapi kewibawaan tafsiran mereka adalah utuh kerana asas yang ada pada diri mereka sendiri dan penggunaan asas ini dalam mentafsir ayat berkenaan. Justeru asas pentafsiran yang paling tepat hendaklah:

1. asas yang paling dekat dengan pendirian Rasullullah sendiri; kemudian pendirian para sahabat termasuk cara bacaan para sahabat. Rujukan pasa asas ini adalah dalam ayat bergaris pada pentafsiran dibawah.

2. Pendapat para pentafsir yang sehaluan dan bersetujuan di antara satu sama lain.

3. Penilaian pentafsir dari segi pengunaan bahasa Al-Quran, dan perkaitannya dengan nas-nas lain dari Al-Quran.
Pengunaan asas ini tidak boleh mendahului asas pertama dan kedua diatas, kerana para sahabat sedia maklum bahasa Al-Quran, tahu mengaitkan nas-nas Al-Quran, dan tahu kaedah bacaan yang sempurna dan mendahulukan pendirian Rasulullah dari pertimbangan mereka sendiri.

4. Pendapat pentafsir sendiri.

Tafsiran berikut adalah berdasarkan daripada terjemahan kitab-kitab:

Ibn Juzayy: at-Tashil fi 'ulum al-Qur'an

Jalalayn: Tafsir al-Jalalayn

As-Sawi: Hashiya (huraian terhadap Jalalayn)

Ibn Kathir: Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir

Al-Qurtubi: Jam' li-Ahkam al-Qur'an

Al-Burusawi: Tafsir Ruh al-Bayan

1. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.

Ibn Juzayy: Cahaya masing-masing ditujukan kepada realiti -cahaya yang dapat dilihat oleh mata-, dan juga satu metafor bagi maksud yang dapat difahami oleh hati. "Tiada yang sama dengan Allah."Jadi pentafsiran ayat ini ialah Allah adalah Pemunya cahaya langit dan bumi, dan Dia menjelaskan DIRINya sebagai cahaya seperti jika anda berkata, "Pemurah itu adalah Zayd." apabila anda hendak menekankan fakta yang dia (Zayd) adalah seorang yang pemurah. Jika Allah memaksudkan cahaya itu adalah yang dapat dilihat oleh mata, maka maksud bagi "cahaya langit dan bumi" ialah yang Dia menjadikan cahaya yang mengandunginya-matahari, bulan dan bintang, atau Dia menjadikan semuanya dan membawanya ke dalam kenyataan daripada tiada. Jadi semuanya terbentuk olehNYA sebagai terbentuk oleh cahaya. Dalam maksud ini, 'Ali bin Abi Talib membaca ayat ini sebagai, "Allahu nawwara" (bentuk kedua) bermaksud Dia memasukkan cahaya ke dalamnya.

Jika dengan cahaya Dia memaksudkan cahaya yang dapat dilihat dengan hati, erti cahaya langit dan bumi ialah Dia meletakkan cahaya ini kedalam hati orang-orang langit dan bumi. Inilah kenapa Ibnu Abbas berkata," Maksudnya ialah Petunjuk orang-orang langit dan bumi."


Al-Qurtubi: Dari segi metafor atau perumpamaan, orang-orang Arab berkata bahawa, "Ayat-ayatnya mempunyai cahaya" dan "Kitab yang menerangi (lisan, mengeluarkan cahaya)." Dibolehkan, jika dikatakan bahawa Allah adalah cahaya untuk memujiNYA kerana Dia telah membawa benda-benda kedalam kenyataan, dan Dia memula dan mengasalkan cahaya semua benda-benda. Tetapi Dia bukannya satu cahaya fizikal yang boleh ditelah dengan deria. Pun bagitu, Rasullullah s.a.w pernah ditanya, "Pernahkah kamu melihat Tuhan kamu?" dan baginda menjawab,"Aku nampak Dia sebagai Cahaya."

Sebagai suatu petunjuk, Ubayy ibn Ka'b dan lain-lain berkata," Dia menghiasi segala langit dan bumi dengan matahari, bulan dan bintang, dan Dia menghiasi bumi dengan para nabi, ulama' dan yang beriman."

Ibn Kathir: Anas ibn Malik berkata bahawa Allah berfirman, "CahayaKu adalah petunjuk." Ubayy ibn Ka'b berkata dengan merujuk kepada yang beriman yang mana dada Allah telah memasukkan kepercayaan dan Al-Quran.

Jalalayn: Allah meneranginya dengan matahari dan bulan.

as-Sawi: Ketahuilah bahawa realiti cahaya, samaada ditelah oleh mata atau benda-benda yang nampak dengan mengunakannya, menyerupai mutu yang sinaran daripada dua sumber cahaya terhadap objek yang mampat. Maksud ini tidak boleh disamakan dengan atau kepada Allah.

Ayat ini juga dikatakan bermaksud bahawa Allah adalah Pencipta segala cahaya di langit oleh matahari, bulan, bintang-bintang, Arasy dan malaikat, dan di bumi oleh lampu-lampu, cahaya, lilin. Para nabi-nabi, para ulama' dan mereka yang benar. Ini bermaksud Dia menerangi mereka. Ia dikatakan bahawa Dia menampakkan segala di langit dan di bumi kerana istilah cahaya memberi maksud menifestasi. Maksud seperti ini boleh dikaitkan kepada Allah Yang Maha Kuasa memandangkan Dia membuat benda-benda 'lahir' daripada tiada.Ibn 'Ata' berkata dalam Hikam, "Peristiwa kejadian disebut dan gelap gulita. Kenyataan yang sebenar dalam sesuatu yang memberikan cahaya" - (klik untuk rujukan hadith berkaitan). Jadi, alam semesta wujud kerana Allah yang memberi kewujudannya. Jika tidak dengan keWujudan Allah, tiada daripada alam semesta ini akan wujud.


2. Perumpamaan cahayaNya, adalah seperti suatu keluk, yang di dalamnya ada pelita.

Ibn Juzayy: Kedudukannya ialah pada suatu lobang pada suatu dinding yang bukannya suatu tingkap, dan lampu itu mengeluarkan satu cahaya yang kuat. Ia juga dikatakan bahawa kedudukan ini adalah pelantar di atas suatu tiang dimana lampu ini terletak. Pendapat yang pertama adalah lebih kukuh dan masyhur. Maksudnya ialah sifat cahaya dari Allah ialah ia jelas seperti suatu tempat yang mempunyai lampu memandangkan ia adalah yang paling jelas seseorang makhluk dapat bayangkan cahaya dan sinarnya. Ia disepertikan kepada suatu tempat, walaupun cahaya dari Allah lebih kuat lagi kerana ia adalah had yang manusia dapat menelah berkenaan cahaya. Dia membuat perumpamaan kepada mereka mengikut apa yang mereka dapat terima.

Telah dikatakan bahawa gantinama bagi "CahayaNya" merujuk kepada Saidina Muhammad s.a.w, dan ia dikatakan sebagai merujuk kepada Al-Qur'an, dan terhadap mereka yang beriman. Kenyataan-kenyataan ini adalah lemah kerana tiada yang mendahului gantinama ini yang ia boleh dirujuk. Jika ditanya: Bagaimana ia boleh diterima yang Allah boleh dikatakan 'Cahaya langit dan bumi' sementara Dia sendiri yang menyatakan bahawa Dia adalah Cahaya dan kemudian Dia yang meletakkan cahaya terhadap DiriNya dalam firmanNya, "perbandingan CahayaNya" maka membuat yang dikaitkan itu sama dengan yang dikaitkan? Jawapannya ialah ia boleh diterima dengan tafsiran yang kita telah sebut berkenaan Allah sebagai Pemunya cahaya segala yang dilangit dan dibumi, atau dicontohkan seperti dikatakan, " Pemurah itu adalah Zayd," dan kemudian kita berkata bahawa orang diingatkan akan sifat pemurah itu oleh Zayd.

Al-Qurtubi: Dia memaksudkan mutu dari bukti-buktiNya yang Dia masukkan kedalam hati-hati mereka yang beriman, dan bukti-bukti inilah yang dinamakan 'cahaya'. Allah menyebut KitabNya suatu cahaya dalam firmanNya, Kami turunkan suatu cahaya yang jelas kepada kamu,"(4:174)Dia juga menyebut RasulNya cahaya dimana Dia berfirman, "Telah datang suatu cahaya kepada kamu dari Allah dan Kitab yang nyata." (5:15) Ini adalah kerana Kitab itu membimbing dan menjelaskan, seperti juga Rasullullah. Satu sebab yang ia dikaitkan kepada Allah ialah kerana Dia yang membuat bukti itu kukuh dan menjelaskannya.

Terdapat satu lagi pengertian bagi ayat ini dimana ayat yang kedua itu menyerupai ayat yang pertama jika cahaya diambil bermaksud sebagai petunjuk dan kesempurnaan sinaran sebagai keterangan dan bukti-bukti dari Allah dalam kejadianNya. Gantinama "cahayaNya" boleh juga dirujuk kepada mereka yang beriman.

Jalalayn: "Perbandingan CahayaNya" bermaksud mutu cahaya dalam hati mereka yang beriman.


3. Pelita itu di dalam kaca

Ibn Juzayy: Lampu itu adalah sumbu dengan apinya. Maksudnya ia adalah di dalam lampu yang diperbuat dari kaca kerana cahaya di dalamnya menjadi lebih terang kerana lampu itu mempunyai badan yang telus.

Ruh al-Bayan: Tujuan lampu ini di dalam kaca dan kaca ini di dalam suatu 'geluk' atau 'lekuk' supaya apabila diletak pada tempat yang lebih tersekat, cahayanya menjadi lebih tertumpu sinarnya (terang). Jika lampu itu diletak pada tempat yang terbuka, maka cahayanya akan tersebar(malap).


4. kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara,

Ibn Juzayy: Perumpamaan kaca itu mengeluarkan cahaya seperti bintang yang memancar. Itu boleh mempunyai dua pengertian. Samaada Dia bermaksud ia mengeluarkan cahaya kerana lampu yang ada di dalamnya , atau Dia memaksudkan ia dengan sendirinya adalah kuat dengan cahaya kerana ketulinannya dan kesempurnaan bentuknya. Ini lebih sesuai kerana ia mengabungkan cahayanya dengan cahaya dari lampu itu sendiri.

Dengan 'bintang yang menyilau', Dia bermaksud satu daripada cakerawala yang bercahaya seperti Jupiter, Venus, dan Zuhal atau sepertinya. Ia telah dikatakan bahawa Dia bermaksud Venus, tetapi tiada petanda kepada yang khusus seperti ini (dalam Al-Quran). Nafi' membacanya sebagai durriyyun. Pembacaan ini boleh bermaksud bahawa bintang itu di umpamakan kepada durr (mutiara) oleh keputihannya dan ketulinannya. Ia juga dibaca dengan hamzah yang di ambil dari dar', bermaksud ditolak (ie. bintang-bintang yang ditolak dari satu tempat ke satu tempat yang lain).

Al-Qurtubi: Ka'b al-Ahbar membuat keseluruhan ayat ini merujuk kepada Muhammad s.a.w, ie, perumpamaan kepada cahaya Muhammad (Nur Muhammad). Rasullullah s.a.w adalah tempatnya, kaca itu adalah hatinya, pokok yang berkah itu adalah wahyu dan malaikat yang membawanya, minyak itu adakah bukti dan kenyataan yang terkandung dalam wahyu.

Jika ia diambil sebagai bermaksud mereka yang beriman, seperti yang di perkatakan oleh Ubayy, maka tempat itu ialah dadanya, lampu itu adalah keimanan dan pengetahuan, kaca itu adalah hatinya, dan minyak itu adalah bukti dan kenyataan yang ia kandungi.

Jalalayn: "Menyilau" bermaksud ia membuang kegelapan. Perkataan ini di ambil dari 'mutiara' kerana keasliannya.


5. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, pohon zaitun

Ibn Juzayy: Ia dibaca sebagai yuqadu dan tawaqqada dalam nahu selepas. Nama merujuk kepada lampu itu. Jika ia dibaca sebagai tuqdau dalam nahu semasa maka ia merujuk kepada kaca itu. Ia bermaksud bahawa ia adalah seperti minyak dari pokok yang di limpah rahmat. Ia telah dinyatakan sebagai 'diberi rahmat' kerana betapa banyaknya kelebihan padanya dan bukan kerana ia ditanam pada tanah yang diberi rahmat, iaitu di Syria.

Al-Qurtubi: Ini boleh juga diambil sebagai merujuk kepada para Ambia, dimana bagi Adam a.s akan bermaksud pokok yang diberi rahmat, atau Ibrahim a.s kerana Allah mengelarnya 'yang diberi rahmat.'


6. tidak tumbuh disebelah timor dan tidak pula disebelah barat,

Ibn Juzayy: Telah dikatakan ia adalah di Syria, jadi ia tidak disebelah barat maupun disebelah timor. Zaitun terbaik adalah zaitun dari Syria. Ia telah dikatakan ia terdedah dan matahari menyinarinya sepenuh hari, maka ia tidaklah keseluruhannya dari timor untuk mengatakan ia adalah ketimoran maupun dari barat untuk mengatakan kebaratan. Sebaliknya ia adalak ketimoran dan kebaratan kerana matahari beredar mengelilinginya dari timor ke barat. Ia dikatakan bahawa ia adalah pokok yang menengah yang tinggi yang tidak menyondong ke timur maupun ke barat. Ia telah dikatakan ia adalah suatu pohon dari Syurga yang mana, jika ia adalah dari dunia ini, semestinya condong kebarat ataupun ke timur, untuk menekankan ketulinan dan keunggulan.


7. yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

Ibn Juzayy: Untuk menekankan penjelasan terhadap keaslian dan keistimewaannya.

Ibn Kathir: Ibn 'Abbas pergi kepada Ka'b al-Ahbar dan berkata, "Beritahu aku berkenaan FirmanNya, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api" Dia berkata, "Muhammad hampir menampakkan semua perkara dengan terang kepada orang ramai tanpa perlu menyatakan bahawa dia adalah seorang nabi, hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api."

Atau bukti dari Al-Quran hampir membuat semua perkara itu jelas sebelum ia di bacapun.


8. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis).

Ibn Juzayy: Iaitu, pergandingan cahaya lampu, ketulinan kaca dan ketulinan minyak. Dengannya Dia memaksudkan kesempurnaan cahaya itu digunakan sebagai contoh.

Ibn Kathir: Ibn 'Abbas berkata yang ia bermaksud kepercayaan dan perlakuan hamba-hamba Allah. Ubayy ibn Ka'b berkata, "Seseorang yang beriman berubah kedalam lima bentuk cahaya: perkataannya adalah cahaya, perlakuannya adalah cahaya, keluarnya adalah cahaya, dan dia akan pergi ke cahaya pada hari kebangkitan itu ke syurga."

Ia juga dikatakan bahawa "cahaya di atas cahaya" ialah cahaya Al-Quran dan cahaya keimanan apabila ia bercantuman.

Jalalayn: Cahaya itu sendiri dengan cahaya api. Cahaya petunjuk Allah s.w.t pada mereka yang beriman di atas cahaya keimanan.

As-Sawi: Bukti yang Allah berada dalam hati mereka yang beriman adalah bukti di atas bukti. Jika anda akan bertanya kenapa Dia mengunakan cahaya minyak zaitun sebagai perumpamaan dan tidak cahaya matahari, atau bulan atau lilin, maka jawabnya ialah kerana minyak itu mempunyai perbagai guna dan adalah mudah bagi semua orang. Dengan cara yang sama mereka yang beriman sepenuhnya mendapat pelbagai guna dalam keimanan. Terdapat beberapa percanggahan pendapat samaada perumpamaan ini adalah suatu yang berganda atau tidak, termasuk pada permulaan ayat ini dan yang menyatakan petunjuk, atau samaada ia adalah satu dalam mana setiap gambaran bersamaan dengan sesuatu. sebagai contoh, yang beriman sebagai geluk atau tempat, kaca adalah hatinya, minyak adalah ilmu pengetahuannya, dan lampu itu keimanannya.

Ruh al-Bayan: al-Qushayri berkata bahawa mereka memperolehi satu cahaya dengan usaha, penyelidikan dan pengamatan mereka, sementara mereka memperolehi juga cahaya lain dengan pengasihnya Allah s.a.w dalam artikata dan perlakuan. Allah berfirman, "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (29:69)

9. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

Ibn Juzayy: iaitu Allah memberi kejayaan kepada sesiapa yang Dia kehendak dalam menemui kebenaran, i.e Islam

Ibn Kathir: Telah disebut dalam hadith, "Allah menjadikan kejadian dalam kegelapan dan kemudian pada hari itu Dia menyinari terhadap sebahagian CahayaNya. Sesiapa yang mendapat CahayaNya pada hari itu mendapat petunjuk, dan sesiapa yang tidak akan sesat." (balik ke atas) Maka telah dikatakan bahawa Dia mengetahui sesiapa yang layak mendapat petunjuk daripada sesiapa yang layak disesatkan.

Abu Sa'id al-Khudri melaporkan bahawa Rasullullah s.a.w berkata," Terdapat empat jenis hati: hati yang TERBUKA ialah seperti lampu dan bercahaya; hati yang tertutup ialah seperti yang terikat dalam selubungannya; hati yang terbalik, dan hati yang mendua. Hati yang terbuka ialah hati mereka yang beriman yang merupakan LampuNya dan adalah CahayaNya. Hati yang tertutup ialah hati mereka yang tidak beriman. Hati yang terbalik ialah hati mereka yang berpura-pura(hipokrit) yang mengenali dan sebaliknya menolak. Hati yang mendua adalah hati yang mengandungi kedua-duanya iaitu kepercayaan dan kepura-puraan. Kesamaan dalam kepercayaan dalamnya ialah seperti pokok yang air yang baik memanjangkannya, dan contoh kepura-puraan di dalamnya ialah seperti luka yang menjalar dengan darah dan nanah. Ia adalah ketara berdasarkan kepada yang mana satu yang lebih menguasai hati itu.

Ruh al-Bayan: Sumber kawalan dan arah petunjuk adalah Kehendak Ilahi, walaupun sebab-sebab lain nampak seperti mempengaruhi.


10. dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,

Jalalayn: Dia membuatkan perkara nampak jelas bagi mereka supaya mereka mengambil iktibar dan percaya.

as-Sawi: Justeru, tiada kesangsian akan mempengaruhi mereka yang percaya. Mereka akan nampak dengan tenggapan sebagaimana mereka nampak dengan mata mereka sendiri. Allah akan menjadikan keduanya sebagai saksi. Dalam hadith, " Takutlah akan kamu akan tanggapan orang-orang yang beriman. Mereka melihat dengan cahaya dari Allah."

4.0 Penutup

Tafsiran yang dkemukakan oleh kelima-lima pentafsir yang dibentangkan di atas seakan-akan bersetujuan dan ada yang tidak. Ini membawa implikasi terhadap kewibawaan para pentafsir itu sendiri, tidak kira mana yang sebenarnya betul ataupun salah. Ini adalah kerana sejarah keIslaman telah menerima bahawa kelima-lima ini adalah antara pentafsir yang paling ulung dalam bidang ini. Bagaimana mungkin mereka boleh bercanggah pendapat dalam cuma menghuraikan baru satu ayat? Bagaimana pula implikasinya terhadap huraian mereka terhadap ayat-ayat lain dan Al-Quran seluruhnya?

Pandangan yang cetek ini juga boleh membuat mereka yang bertanggapan sedemikian mengambil kesimpulan yang tidak kurangnya cetek juga. Ini boleh melalut-lalut kepada memandang tafsiran dan pentafsirnya sebagai lemah, atau para pentafsiran Al-Quran adalah tidak sehaluan, tetapi sebaliknya tanggapan seperti ini yang sebenarnya lemah dan melemahkan umat Islam itu sendiri. Maka timbullah golongan yang cuba memberi tafsiran sendiri tanpa menghormati kematangan perkembangan sejarah Islam sejumlah 1400 tahun itu. Cetek dan kurang matang golongan seperti ini yang telah melemahkan umat Islam sekarang kerana tidak berupaya untuk melihat kematangan Islam yang sebenarnya.

Pandangan para pentafsir di atas sebenarnya mempunyai titik pertemuan di antara satu sama lain dan mempunyai kedudukan dan tempatnya yang tersendiri dalam pentafsiran ayat berkenaan. Tiap-tiap pandangan mereka sebenarnya tidak bercanggah dan dijelaskan dengan bagitu matang dan mendalam sekali oleh Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali pada Misykatul Anwar


Search: The Web Tripod
share this page Share This Page report abuse Report Abuse build a page Build a Site show site directory Browse Sites hosted by tripod
« Previous | Top 100 | Next » hosted by tripod